Assalamualaikum w.b.t Tuan & Puan.Semoga berada dalam keadaan sihat wal afiat.Miliki rumah pertama merupakan pengalaman baru dalam dunia urusan jual beli perkara yang harga mencecah ratusan ribu.Kepada pembeli rumah pertama, terdapat sedikit info mengenai carta aliran membeli rumah belum bina.Membeli rumah belum dibina menjadi trend terkini bagi kontraktor/pemaju menjual rumah.Kerana ia mengurangkan risiko kerugian. Gambar di atas carta aliran membeli rumah belum dibina. Carta Pertama (Anda Disini)Peringkat pertama sebelum membeli rumah anda perlu membuat bajet untuk membeli rumah.Cara membuat bajet ini anda boleh membuat semakan jumlah pinjaman perumahan samada dengan pihak Bank atau Kerajaan.Sebagai contoh gaji pokok anda RM 2000,jumlah pinjaman peruamahan RM 250k,Bulanan RM 1200.Pada ketika ini anda sudah tahu, anda perlu mencari rumah berharga dibawah RM250k.Pada peringkat awal ini juga anda perlu menyemak status blacklist untuk mengelak pinjaman anda ditolak dan bertujuan untuk anda merancang kewangan anda. Carta Kedua (Ejen Hartanah/Pemaju)Peringkat ini, Ejen hartanah/Pemaju akan mengiklan rumah untuk dijual.Iklan ini boleh anda lihat disecara media sosial,website atau papan iklan.Anda boleh bertanya kepada Ejen hartanah/Pemaju untuk megentahui harga,spekfikasi rumah,luas tanah,luas rumah,promosi,kelayakan loan,proses pembelian, jumlah deposit.Kebiasaanya Ejen hartanah/Pemaju akan memperkenal penal guamannya untuk urusan perjanjian jual beli dan pinjaman perumahan anda. Carta Ketiga (Lokasi Rumah)Setelah anda medapat info rumah dari Ejen hartanah/ Pemaju anda harus melawat lokasi rumah untuk dibeli untuk kepastian.Dan anda menilai lokasi rumah tersebut samaada mahu membeli atau tidak.Harga rumah bergantung kepada lokasi kedudukan rumah.Jika kawasan berhampiran dengan jalan utama dan bandar,harga akan lebih tinggi.Untuk mendapat rumah murah pada satu tempat,anda menjadi pembeli awal untuk satu kawasan.Contoh pemaju membuka 10 unit rumah.Pembeli pertama dan kedua mungkin akan mendapat harga RM20k lebih murah berbanding rumah kelima atau keenam. Carta Keempat (Sebut Harga)Peringkat keempat menentukan berapa harga rumah yang akan beli.Setelah anda mendapat maklumat mengenai harga dan speksifikasi yang ditawarkan pada sebelum ini.Anda juga telah melihat lokasi yang tawarkan.Kini masa untuk berbincang antara anda dengan pemaju.Perbincangan sebut harga mengenai speksikasi asal dan speksifikasi tambahan.Sebagai contoh harga rumah RM 250k untuk keluasan 1500kps ,tiles 16 inci,frame aluminium,pintu kayu meranti,tangki air 250liter.Jika anda mahukan tiles 20inci,maka harga rumah berubah kepada RM 258k. Perbincangan ini juga termasuk kos guaman,promosi dan hal-hal berkaitan binaan rumah.Pada peringakat ini juga anda membayar deposit tanda setuju. Carta Kelima (Reka bentuk)Fasa carta ini,proses reka bentuk rumah bersama pemaju.Pemaju menyediakan pelan lantai dan reka bentuk rumah yang sedia ada kepada anda.Jika anda menpunyai idea untuk membina pelan lantai dan reka bentuk rumah anda boleh terus bagitahu kepada pemaju.Jika reka bentuk itu memerlukan kos tambahan,pemaju akan sedia memberitahu kepada anda.Untuk kejelasan pelan lantai rumah anda boleh melawat rumah yang telah dibina oleh pemaju untuk merasai keluasan rumah.Setelah bersetuju dengan pelan lantai dan reka bentuk rumah, pelukis pelan akan melukisnya dan medapatkan pengesahan(Cop) arkitek.Setelah mendapat cop arkitek.Pelan tersebut dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) untuk mendapat kelulusan membina rumah.Tempoh siap melukis pelan 2-3 minggu,manakala kelulusan pelan dari PBT mengambil masa 2 bulan(bergantung kecepatan PBT). Carta Ketujuh (Pinjaman Perumahan)Sebelum anda membuat permohonan pinjaman perumah anda perlu menyelasai masalah blacklist.Jika nama anda blacklist pinjaman anda kemungkinan ditolak.Untuk pemohonan pinjaman perumahan diuruskan peguam yang dilantik.Pinjaman perumahan ini atas pilihan anda sama ada dari Bank atau Kerjaan.Untuk mengetahui pro kontra boleh rujuk ejen hartanah atau peguam.Mereka mempunyai info yang boleh dikongsi.Jika mahu lebih lanjut anda boleh bertanya terus kepada institusi yang anda mahu membuat pinjaman perumahan. Permohonan pinjaman ini dilakukan selepas mendapat surat kelulusan membina rumah dari PBT.Jika anda mahu mengeluarkan duit KWSP maka permohonan dilakukan selepas proses gadaian rumah.Bagi proses permohonan pinjaman Kerajaan selama 4 bulan manakala Bank 1 bulan.Semasa permohonan pinjaman ini dipohon,peguam akan menyediakan dokumen jual beli antara pemaju dengan pembeli.Untuk permohonan Bank pemaju perlu menyiapkan beberapa peratus rumah untuk dipohon pinjaman perumahan.Sebagai contoh Bank BSN mensyaratkan rumah perlu siap 35%( rumah telah dibina sehingga beam atas),kemudian permohonan pinjaman diterima.Syarat ini bergantung kepada Bank.Jika Kerajaan selepas mendapat kelulusan pelan, Carta Kelapan (Bina Rumah)Fasa ini bermula selepas mendapat kelulusan membina rumah dari PBT.Rumah akan dibina berdasarkan kelulusan pelan dan speksifikasi yang telah dipersutujui bersama.Tempoh perjanjian membina rumah selama satu tahun setengah.Rumah akan perlu disiapkan dalam tempoh satu tahun setengah.Proses masa membina rumah oleh pemaju bergantung kepada cuaca, keluasan rumah, struktur rumah, dan perubahan pelan rumah jika berlaku.Jika berlaku perubahan pelan rumah semasa membina rumah,pembeli akan disaman kerana mengubah suai struktur rumah.Jika perubahan itu kecil,tidak mengubah struktur rumah, pembeli berkemungkinan tidak disaman.Semasa proses membina rumah ini, pembeli boleh datang melihat proses membina rumah.Jika terdapat kurang kekemasan pada pembinaan rumah.Anda boleh mengadu kepada pemaju. Carta Kesembilan (Serah Kunci)Ini merupakan bahagian yang paling gembira pemilik rumah kerana rumah sudah siap dibina.Sebelum menerima anak kunci rumah perkara wajib anda semak ialah speksifikasi rumah anda.Adakah ia seperti dalam perjanjian jual beli.Anda juga perlu membuat pemeriksaan kualiti ke atas rumah yang dibeli.Semak atap bocor atau tidak,dinding ada kesan retak,paip berfungsi dengan baik, sistem pendawaian berfungsi dengan elok,saluran longkang dan air buang,kekemasaan cat,kekemasan pemasangan aksesori rumah,jubin pecah.Jika terdapat kerosakan anda boleh mengadu kepada pemaju untuk proses membaikinya.Pastikan rumah anda selamat untuk diduduki. SEKIAN TERIMA KASIHJika berminat untuk membeli rumah atau membina rumah.
saya membantu anda. W.Amir (014-5145066)
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWAN AMIR Archives
November 2016
senarai hartanah |